Kebebasan bersuara dan kebenaran Kebebasan_bersuara

Muka surat pertama Areopagitica pada edisi pertamanya pada tahun 1644

Satu pertahanan awal Barat mengenai kebebasan bersuara adalah karya Areopagitica (1644) oleh penyajak dan penulis politik Inggeris John Milton. Milton menulis sebagai reaksi kepada parlimen republik England pada masa itu untuk menghalang "risalah-risalah yang menghasut, tidak boleh dipercayai, tidak wajar dan tidak dibenarkan". Milton menamakan beberapa hujah untuk melindungi kebebasan bersuara: perpaduan negara dibentuk melalui pencampuran perbezaan individu-individu berbanding memaksa penyatuan dari atas; bahawa kebolehan mencari dalam pelbagai idea tentang satu isu adalah penting untuk proses pembelajaran dan kebenaran tidak boleh didapati sekiranya semua pandangan dipertimbangkan; dan dengan menimbangkan kebebasan berfikir, menapis adalah pertentangan dengan kemajuan material. Milton juga berhujah bahawa sekiranya fakta-fakta diketengahkan, kebenaran akan menjuarai kepalsuan, tetapi ini tidak boleh didasarkan mana-mana satu individu tertentu. Mengikut kata Milton, ia haruslah diputuskan oleh individu masing-masing untuk mencari kebenaran mereka sendiri; tiada siapa pun yang cukup pengalaman untuk menapis bagi semua pihak.[8]

Noam Chomsky menyatakan bahawa "sekiranya anda percayakan kebebasan bersuara, anda haruslah percayakan kebebasan bersuara untuk pandangan yang anda tidak suka. Goebbels menyokong kebebasan bersuara untuk pandangan yang disukainya. Begitu juga Stalin. Sekiranya anda menyetujui kebebasan bersuara, itu bermakna anda menyokong kebebasan bersuara untuk pandangan yang anda benci."[9] Satu peribahasa yang sering kedengaran mengenai kebebasan bersuara berasal dari Evelyn Beatrice Hall (sering disalahertikan sebagai dari Voltaire) "Saya membangkang apa yang anda katakan, tetapi saya pertahan sampai mati hak anda untuk mengatakannya. (I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it)" sebagai ilustrasi kepercayaan Voltaire.[10] Profesor Lee Bollinger berhujah bahawa "prinsip kebebasan bersuara termasuk tindakan khas menyediakan satu kawasan interaksi sosial untuk halangan diri luar biasa, dengan tujuan mengembangkan dan mendemonstrasikan kebolehan sosial untuk mengawal emosi yang dibarakkan oleh pelbagai faktor sosial." Prinsip kebebasan bersuara ditinggalkan dengan harapan "membentuk karekter intelek masyarakat". Mengikut kata Bollinger, toleransi adalah nilai kemahuan, kalau tidak keperluan, dan melindungi suara yang tidak popular adalah sendirinya perbuatan toleransi. Toleransi sedemikian menjadi modal yang menggalakkan toleransi yang lebih melalui masyarakat. Tetapi pengkritik menyatakan bahawa masyarakat tidak perlu toleransi dengan mereka yang tidak sendirinya mengamalkan toleransi, seperti mereka yang menyokong pembunuhan beramai-ramai dan sebagainya. Mencegah perbuatan-perbuatan yang berbahaya seperti itu dikatakan lebih penting daripada bertoleransi terhadap mereka yang bersikap begitu.[11]